Wednesday, November 11, 2009

terasa..

Wednesday, November 11, 2009 1
MUNGKIN

ku lihat diwajahmu,
tiada tarikan,
ku lihat digayamu,
sudah ketinggalan,
kau harus tahu kita hanya bisa berteman,
hanya berteman saja,
tak lebih.

selama ini kita,
banyak bertemu,
walaupun daku sudah berpunya,
kau lebih memahami,
lebih mengerti,
tapi ku malu kau bukan sepertiku.

ku cuba berhenti,
dari memikirkan segalanya tentangmu,
namun aku gagal,
menguasai hatiku dan perasaanku,
tak mungkin,
takmungkin ku jatuh cinta.

biarkanlah saja,
hatiku berkata,
binggung memikirkan tentang hubungan kita,
mungkinkah ini cinta,
cita sejati,
yang ku cari selama ini.

setiap detik waktu,
ku cuba mengerti,
perasaan hatiku,
yang kian dalam,
menginginkan dirimu,
setiap waktu,
setiap waktu dalam hidupku.

setelah engkau pergi,
baruku sedar,
baruku rasakan kehilangan,
kini aku mengerti,
perasaan ini,
rasa yang tak pernah ku alami.




Friday, November 6, 2009

alahai hawa....~

Friday, November 6, 2009 0
badan sebenarnya masih rasa lemah. entah kenapa,satu hari ni terasa lemah. mengantuk. tak larat. pulang dari kelas tadi terus ke farmasi. beli ubat yang tak cukup tgh hari tadi. sampai je rumah..terbau sesuatu yang lazat. untung dapat housemate yang rajin. [terima kasih shu dan mekda]. badan lesu sangat. tapi gagahkan juga. nasib baik la housemate jenis melayan je aku merapu.

selesai solat asar,telefon rumah. tak dapat. telefon abah,tak angkat. akhirnya,telafon emak..berjawap. mereka dalam perjalanan nak jemput hajar kat UPM. td,aku tengok cerita KASIH TERCIPTA. episod 3. cukuplah satu hari satu episod. bangun nk mandi,tiba-tiba aku pening. semua berpusing. aku berhenti,menstabilkan diri. hmm..macam tulah aku sejak akhir2 ni. kalau ok tu,sihat je. kalau tak ok tu,memang sampai ke malam lah aku tak ok.

apa sebenarnya masalah aku ni,aku pon tak tahu. yang aku tahu,tadi DR. ABUL FAZIL cakap...aku anemia dan BP aku rendah. dia macam terkejut jugak la,sebab sangat rendah. hmm..harap2 cepat la semua ni berlalu. sebab exam dh nk dekat ni. lagi 2minggu.

malam ni,aku tak tahu la,aku patutnya study pharmac. tapi,lepas mandi pon masih tak bermaya.

Saturday, October 31, 2009

end posting medicine utk sem ini.

Saturday, October 31, 2009 0
kelu,terpaku aku pilu.
seharian aku menatap lesu,
lelah,mengah aku kah salah?
semalaman aku dirudung resah,
sedaya kudrat mengukir senyum,
dalam hati luluh terpahat,
biar..
abai...
jangan dipeduli..
hati ini lali,
jangan diendah walau disakiti,
berulang-kali.

duri ditarik,selumbar tak sedar.
puas dibelek,diterbalik,tertonggeng,tertonggek,
luka tak dapat dicari,
bernanah merebak menjadi barah,
sembuh tak pulih,
menjadi berbekas.

kisahnya....atau kasihnya.....

- "sudikah awak ambil saya sebagai pemaisuri awak?"
- "mestilah sudi sayang.."

-"pink ke unggu?"
-"unggu."
-"lavender?"
-*angguk dan senyum*

-"tu la..lain kali makan byk2,makan sikit sgt. kecik.. je"
-"ala,orang makan banyak la,ayg mana tau"
-"yela tu..makan mc ciken pon tak abis"
-"yala..you kena makan byk sikit,tgk..jari you lagi kecik dari dia"
-"ala,moi..dia gigit jari saya hari2 maa..memang la jadi kecik"
-*tergamam*

-"ada rasa lain tak hari ni?"
-"mmm..ada bau lain."
-"hehehe.."
-"baru ke?"
-"abang beli pewangi baru,sedap tak?"
-"sedap2.."
-"tapi dia special tau.."
-"kenapa pulak?"
-"cuba bukak tu..(laci kat depan kereta)"
-*buka.ada bekas pembalut pewangi kereta.tertulis I LOVE YOU.(nama pewangi tu i love you)*
-"hehehe"
-*terharu*
-"I LOVE YOU 2..."

-"yang,yang..perempuan tu dari tgk abg je.."
-"mana3...?????"
-"tu yang jaga kat tepi pintu tu..."
-"yang mana? amboi..meh ayg belasah dia meh."
-"haaaa..betul2...gi belasah dia."
-*gelak...*

-"aish...ape la..yang dibaca..tak paham tol la..."
-*main tarik2 buku*

-"yang,alaaa...ayang nih,tgk..kawan ayg dh terlepas. nasib baik tak langgar"
-"ape....????tah pape la..."
-"tu sebelah ayg tu.."
-*pandang ke tingkap.tetiba bertembung dgn muka kambing.*
-"AAAAAA..!!!" *terkejut*
-"pap!!" *bahu dipukul*
-"eee...jahat!!"
-"hahahahahahahahahhaahaha"

-"abg tgh watpe tu?"
-"ayg tgh watpe?"
-"ayg tgk tv...."
-"haaa...abg tgh tgk ayg tgk tv"
-"abg ni..org tny betol2 la..."
-"abg betol2 la ni..takkn abg tak betol pulak....hahahahahaha"

-"nk kol abg blh?"
-"hah? blh2..kol la."
-*dail*
-"hello.."
-*tanpa cakap apa2.nangis.sangat dahsyat.tak berhenti hampir 30minit*
-*berhenti nangis.*
-"dah? dah abis nangis dah?"
-"dah..dah abis dah..."
-"huish....ayang nk tau tak...tadi hujan lebat...lebat gile. tak de pon tanda2 nk ujan. tetiba dia hujan,pastu tetiba je berhenti...huuu..dahsyat..."
-"hah? hujan? kat cni tak hujan pon."
-"tula..tadi ada orng nangis..ingat hujan..sampai banjir...."
-"eeee...nk ejek org la tu"
-"hehehe..mana ade..alaaa...abg tau ayg ciwek...nangis tu kalau tadah mesti berbesen2."
-"hehehehehe..mane de..pandai2 je..."
-"aik? dah gelak dah......tadi nangis"
-"dah...dah gelak dah..nk ayg nangis lagi ke?"
-"isk,tanak2..nnt banjir...hahahahhaha"
-*gelak*

-"eee...napela..mak dia tak pakaikan ank dia selipa?"
-"mana2?"
-"tu....?"
-"jap2...ape dia? tak pakai ape?"
-"selipa..."
-"selipa...hahahahha..selipa..."
-"ngape???"
-"tak la...macam kelakar...selipa...org slalu gne selipe"(sambil goyang2 selipa dikaki)
-"ayg biasa je guna..kt sekolah guna je.."
-"selipa...hahahahaha..selipa..."
-*dan sepanjang jalan la dia ulang perkataan "selipa"*
-"isk....abaaaaanggg..dah la...pening."
-"selipa....hahahahhha...selipa..."


thanks for acting like you cared.

mana silapnya?
apa silapnya?
yang membuatkan aku semakin tidak yakin.
apa yang berlaku hari ini sahaja cukup untuk buat aku tidak yakin.
kalaulah aku tidak pernah mengenalinya.
perkara begini membuatkan aku mengingati sesuatu yang aku tak patut aku ingat sebab tiap kali aku ingat,pastinya aku yang sakit. sakit sebab mengetahui hakikat yang ia takkn blh berubah.

seharian aku melawan dengan diri sendiri
berperang dengan hakikat sifat diri. puas cuba diambil segala kebaikan. cuba diambil yang positif. tapi malangnya usaha macam sia2. perbincangan tidak menyelesaikan apa yang yang terbuku dihati. dan akhirnya,akulah yang mendengar. bukan apa yang kuat dalam hati ini yang diperbincangkan. tapi seperti biasa,sebaliknya yang berlaku. aku lali. hampir setiap kali.. ia memang begitu. pastinya berakhir dengan bukan cerita diriku,hatiku,perasaanku. segalanya tentang dia. kesedihan dia,apa yang tak cukup pada tafsiran dia.

segala yang hari ini..membuat aku berfikir. baiklah aku tak pernah mengenali dia. sakit hati bagai dirobek. hancur. sehingga nafas seakan tersekat. kerana sakitnya hati. kegembiraan yang sedikit mengubat petang tadi bagai diragut dengan kasar. sampai sekarang. aku masih sakit. sakit..cukup sakit. lama dibiar dari semalam.

keadaan ini lebih membuatkan aku merinduinya. walaupun sekejap. sakit hati yang aku terima tak pernah sehebat ini. sangat hebat sehinggakn aku cukup marah. masih marah. ditegaskan!! bukan merajuk!! tapi marah!!!

hatiku berbunga petang tadi. aku dapat tahu yang aku akan ada cuti bulan12 ni. 3minggu seperti pelajar2 lain. itu cukup membuatkan aku terfikir sesuatu yang memang akan mengembirakan dia. tp,sekarang..aku jadi tak pasti sama ada aku masih mahu cuti itu atau tidak. maaf...kalau penulisan ini menjengkelkan. ada yang tidak puas hati. ada yang terasa hati. hakikatnya,aku menulis untuk diri aku.

bagi yang terasa. ketahuilah..aku marah. sangat marah. marah yang menyebabkan aku sangat sakit. seperti mahu segalanya berakhir.

"cinta dn sayang tak semestinya bersama" perkataan y aku selalu guna tapi aku sendiri tak tahu aku dapat terima atau tidak.

salahkah aku?
kurang apakah aku?
tidak cukup kah usaha aku?
aku cuba ketepikan segala perasaan aku. kebiasaan aku.
kenapa..setiap kali hal begini,aku yang menjadi pendengar. aku rindukan orang yang mendengar. tang diam tanpa kata. tapi ada saja kelucuannya.

Friday, October 30, 2009

seandainya..

Friday, October 30, 2009 0
masalahnya satu,
kau tak pernah berkasar,
sedikit tanpa sedar..membawa luka yang dalam..

semuanya dh terlewat..
tiada 2 selepas 3..
tetap akan terus berlaku.

malam ini....

Kian

Artist: Mawi
Kian jauh
Kian hilang
Kasih antara kita

Nampak tenang
Pada zahirnya
Tapi batin terseksa

Yang terguris tak nampak dimata
Yang terhiris terluka
Sesekali terbit air mata
Tahan sebak didada

Ke manakah..nak dibawa
Resah kian melanda

Di manakah
Hendak ku khabar
Pilu di dalam dada

Bila kasih di hujungnya nyawa
Rasa ingin dimanja
Perasaan pun kian tersentuh
Bila rindu ini berlabuh

Apakah yang dikejar dalam hidupmu
Berkali ku kata padamu
Kita singgah di dunia yang sementara
Penuh tipu daya

Yang kekal
Disana
Biarlah..kita bersama

Usahlah
Hanyut terus terlena
Kerana dunia

Pada aku masih ada
Kasih belum terhakis
Sebenarnya..sudah lama
Ku sungguh berkecil hati

 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Distributed by Deluxe Templates